Thursday, December 10, 2009

PROJEK TAHAN-RUNTUH SANG FREUD PRESS!


Poster. Sila sebarkan.


1. Sang Freud Press akan menerbitkan 4 buat antologi menurut genre dalam masa terdekat.

2. Antologi itu adalah Fantasi, Noir, Cinta, dan Sa-Fai.

3. Untuk tiap Antologi ada dua orang penyunting.

3.1. Penyunting Antologi Cinta: Taf Teh & Shaira Amira (shairaamira@yahoo.com)

3.2. Penyunting Antologi Fantasi: Alina Abdullah & Reza Rosli

3.3. Penyunting Antologi Sai-Fai: Azzief Abd Khaliq & Liyana Dizzy

3.4. Penyunting Antologi Noir: Adam Kasturi & Nazri M. Anuar

4. SFP mencari 8 orang penulis untuk tiap Antologi.

4.1. Tiap Penulis akan diberi ruang kira-kira 10 mukasurat.

4.2. Tiap Penyunting juga diberi ruang yang sama, yakni 10 mukasurat untuk samada, menulis fiksyen, esei, atau menjemput seorang penulis lain untuk menulis cerpen/esei.

4.3. Ini dibuat untuk tujuan pengiraan royalti. Penulis dan penyunting akan berkongsi 50% royalti dari keuntungan untuk setiap buku (selepas ditolak modal). Jadi, setiap penulis/penyunting berhak menerima 5% royalti.

4.4. Setelah dipilih, tiap Penulis juga akan diberi opsyen untuk membikin koleksi mereka sendiri. Inilah tujuan utama projek ini: yakni untuk mencari penulisan baru.

5. Saiz buku adalah seperti berikut: 10.5cm x 15cm. Yakni saiz separuh kertas A5 (untuk contoh, sila rujuk pada Puisi Poket terbitan SFP).

5.1. Tiap buku dijangka dijual dengan harga RM15 sebuah di kedai-kedai, dan RM10 jika dijual secara terus.

5.2. Tebal tiap buku adalah 112 mukasurat.

6. Tiada tarikh tutup. Selagi belum mendapat 8 orang penulis yang sesuai, sselagi itu penyertaan masih terbuka.

6.1. Komitmen penyunting hanyalah hingga hujung September sahaja. Jika masih belum mencukupi 8 orang penulis, tugas penyuntingan akan diambil-alih oleh penerbit. Tapi penyunting masih lagi berhak terhadap perkongsian royalti seperti di atas.

6.2. Ada kemungkinan, jika penulis yang sesuai sudah ditemui, tapi jumlah penulis untuk antologi masih belum mencukupi, pihak SFP mungkin akan meneruskan dengan projek buku individu penulis itu (sudah tentu dengan kerelaannya. Ini bukan autokrasi)

7. Hakcipta karya adalah milik penulis sepenuhnya.

8. Sila sebarkan risalah ini kepada sebanyak orang yang anda kenali sebagai tanggungjawab anda pada perkembangan sastera tanah air yang tercinta.

Wednesday, November 25, 2009

Erti Pengorbanan

Sarapan pagi di rumah, memang biasa-biasa saja - mi goreng, frankfurters, air milo panas, roti dan sos pencicah cap Yasmin.


Enam-enam isi rumah (tak termasuk seekor kucing yang baring atas kerusi) makan sama-sama. Masing-masing bincang isu burung yang suka bersarang dalam atap rumah.

Dah 15 tahun aku tinggal Rawang, 13 tahun lepas kawasan rumah aku tak pernah nak hinggap banyak burung merpati, kalau ada pun boleh kata rare. Sejak akhir-akhir ni memang banyak burung merpati yang suka duduk bersarang dalam atap rumah, buang najis suka hati.

Agaknya burung-burung ni baru berhijrah dari Filipina.


Jadi, sebagai langkah pembasmian, adik lelaki aku yang paling tua dan Bapak bertindak sebagai tukang halau burung atas atap rumah. Adik aku berjaya tangkap 2 ekor burung, dan sekarang sudah 3 hari burung-burung tu duduk dalam beg plastik.


Aku kata pada adik aku, burung-burung tu tak mati lagi.


Adik aku kata, tau lah dia macam mana nak bagi burung tu mati.


Aku jawab: Oh, Selamat Hari Raya Korban, everyone.

Monday, November 23, 2009

Panic Attack! Fits!

Pagi ini aku bangun, dan cermata aku hilang. Lalu aku tebongkok bawah katil mencari - atas katil, bawah selimut, dalam sarung bantal-tak ada.


Nampak tak glasses kakak? - aku tanya adik aku yang paling kecil.

Tak- dia menjawab sambil tengok entah apa.


Aku resah. Gelisah, macam kehilangan assignment.


Tulah aok, Tuhan balas. - tiba-tiba aku terdengar adik aku cakap.


Ikut hati memang aku tangan, tapi berjumpa juga cermata aku dalam bilik Ma. Aku keluar sambil senyum.


Automatis, aku pasang muka marah. Ketat:


APA YANG TUHAN BALAS,HAH? - aku jerit pada adik aku


Tau terketar!

Sunday, November 22, 2009

14 hari lagi. And countin'





Oh so bad.

Saturday, November 21, 2009

Malik

Hebat gila Kau ni.

Dengan sikit saja perubahan Kau buat pada cuaca, Kaudatangkan hujan, dengan segala gelap dan sejuknya.


Aku dah ter-emo satu hari ni.

Friday, November 20, 2009

Kain Batik Mode: ON

Aku rasa aku mau berhenti belajar.


Lepas duduk sendiri di Gombak dan Nilai, aku pantang nampak apa-apa yang tidak teratur atau kotor.


Jadi penolong suri rumah. Pagi-pagi bangun cuci pinggan, sapu sampah di luar, sidai kain, angkat baju kotor, bersihkan dapur, masak air.


Seronok pakai kain batik 24 jam sehari, berangin ja.

Thursday, November 19, 2009

Facebook Celaka

Apahal aku tak boleh masuk facebook ni? Katalah kena hack?



Va fan cullo

About Me

My Photo
Shaira Amira
adalah kekasih kau tahun lepas. Mungkin.
View my complete profile